31 December 2013

konklusi PBS


bismillah

hari ini hari terakhir dalam kalendar tahun dua ribu tiga belas sebelum kita jejak hari pertama tahun dua ribu empat belas. sungguh sangat banyak pengalaman yang aku kutip sepanjang tahun nih. alhamdulillah

dalam banyak banyak pengalaman. pengalaman menamatkan fasa PBS adalah antara pengalaman yang bermakna. alhamdulillah. dah selamat menamatkan empat fasa PBS. ini bermakna start sem depan bermulalah fasa praktikum selama 3 fasa. sebelum internship sebulan. siapkan AR. lepas tuh bolehlah tamatkan pengajian lima tahun setengah nih dengan penuh bangge. fuuhh

PBS 1 : sk jejawi. perlis ( pinggir bandar)
PBS 2 : sk keratong 1. pahang ( felda )
PBS 3 : sk temoyong. langkawi. kedah ( kawasan perlancongan )
PBS 4 : sk sultan sulaiman 2. kuala terengganu. terengganu ( bandar )

disebabkan untuk PBS nih kita diberi kebebasan untuk pilih sekolah. makanya memang dari mula mula PBS lagi aku dah plan untuk buat di sekolah yang berbeza. negeri yang berbeza dan penempatan sekolah yang berbeza. mungkin bagi orang laen PBS mase untuk duduk umah lebih lame. jadi ade yang buat keputusan buat PBS dekat kawasan umah. jadi boleh terus sambung cuti.

tapi sejujurnya aku melihat PBS nih sebagai satu peluang untuk aku kutip pengalaman dengan sebanyaknye. sebab ape?

1. sekolah berbeza
aku percaya cara pengurusan setiap sekolah pastinya berbeza. sebab tuh aku pilih untuk pergi sekolah yang berbeza. dan alhamdulillah. dari empat empat PBS aku dapat buat perbandingan cara pengurusan setiap sekolah. dan setiap pengurusan sekolah itu bergantung pada misi dan visi sekolah itu sendiri.

2. negeri yang berbeza
aku percaya yang setiap negeri mempunyai kebudayaan dan cara hidup yang berbeza. dan ye. aku bersyukur sangat sangat sebab hasil dari empat PBS yang aku dah buat aku sangat banyak belajar tentang kebudayaan dan cara hidup masyarakat setiap negeri yang aku pergi. alhamdulillah. ada cara hidup yang boleh dicontohi. ada cara hidup yang boleh diambil pengajaran dan dibuat sempadan

3. penempatan sekolah yang berbeza
part nih yang aku paling suka. dari pemerhatian aku. penempatan sekolah mempengaruhi cara pergaulan murid dan warge sekolah itu sendiri. ada sekolah yang aku pergi warge sekolahnye sangatlah ramah mesra. walau seminggu je aku dekat sekolah tuh. bile hari last nak balek tuh bertimbun hadiah yang aku dapat. paling tak boleh dilupekan ade murid yang sampai nanges nanges dan peluk erat aku. siyes. taem tuh rase terharu sangat. penerimaan cekgu pun alhamdulillah sangat. kami borak macam macam bende. rasa macam dah lame kenal je. 

4. group-mate yang berbeza
alhamdulillah. sepanjang empat PBS yang aku buat. aku dapat merase pengalaman berPBS dengan group-mate yang berbagai latar belakang. PBS yang pertama aku buat dengan group dari dua IPG yang berbeza. IPG bainun dan IPG perlis. dyorang sumer budak tesl. PBS kedua aku buat dengan group dari IPG aku. tapi dengan budak BM. PBS ketiga aku buat dengan group IPG aku jugak tapi campur. budak tesl 2 orang dan budak pai 2 orang. PBS last aku buat dengan budak BM IPG aku jugak. ye. aku tak pernah buat PBS sorang sorang walaupun sebenarnye ia dibenarkan sebab aku nak belajar care co-op. antara task PBS adalah untuk mengumpul maklumat sekolah disamping maklumat laen. dan sepanjang nak menyiapkan tugasan tuh. alhamdulillah. aku belajar cara berkerjasama dengan orang yang berbeza. thanks korang =D

5. femily angkat yang berbeza
aku memilih untuk tinggal dirumah femli angkat berbanding dengan sewa homestay atau hotel. bukan isu nak jimat bajet ke hape. tapi sebab aku nak belajar tentang cara hidup masyarakat setempat. cara pergaulan masyarakat setempat. aktiviti masyarakat setempat. paling best belajar tentang makanan masyarakat setempat. alhamdulillah. dari empat PBS nih aku dapat empat femli angkat. 

moge moge dengan pengalaman yang ade nih dapat lah digunekan untuk praktikum nanti. onestly. aku langsung tak bersedia nak praktikum. cuak. nebes. sumer ade T__T


4 comments: