23 December 2013

Şehıdımız Ahmad Ammar : kematian yang menghidupkan


bismillah

sejujurnya. dah lame entry nih ter-pekasam dalam blog aku nih. ntah. aku teragak agak nak menaip entry nih. tak tahu nak cakap macam mane. tapi yang penting aku taip taip. lepas tuh aku backspace. last last save dalam draft je.

siyes. aku kagum dengan susuk tubuh ini. bukan kerana badannye yang taff. tapi kerana semangat yang ada dalam dirinya. semangat untuk mengejar cita cita yang sangat agung. syahid.

siyes. sepanjang hayatnya aku tidak pernah mengenali beliau. apatah lagi bersua muka. namun. semenjak aku terlihat video ini hati aku bagaikan terjentik untuk lebih mengenali beliau. 

betapa beliau sangat sangat memanfaatkan usia muda beliau untuk Islam. hari hari muda remaja beliau dipenuhi dengan agenda agenda bukan sahaja untuk manfaat diri sendiri bahkan kepada masyarakat dan juga agama

beliau sangat aktif dengan kerja kerja kebajikan. beliau juga sangat bersungguh dalam menuntut ilmu. bukan sahaja ilmu dunia bahkan ilmu akhirat. beliau bukan sahaja bekas pelajar cemerlang SPM. bahkan beliau sudah mampu menguasai bahasa turki. itu belum dikira kejayaan beliau menamatkan pembelajaran risalah an-nur. subhanallah

sangat berbeza dengan remaja remaja sekarang yang maseh lena dibuai dengan agenda agenda dunia yang membawa kita hanyut dan semakin jauh dari Allah. astagfirullah al-adzim T__T

siapa sangka. insan yang ketika hayatnya pendiam. low profile. tidak dikenali oleh penduduk dunia tapi kini nama beliau bukan sahaja menjadi sebutan makhluk dunia bahkan makhlut dilangit sana

moge moge kematian beliau menghidupkan hati hati kita semua untuk sentiasa menjadikan redha Allah sebagai matlamat hidup. semoga hari hari yang kita jalani lebih bermanfaat dan mendekatkan diri kita pada Allah. 

p/s : bila Allah terpasak dihati. hidup menjadi lebih bererti :)

3 comments:

  1. akak pun ada juga mengikuti perkembangan peristiwa ini atin..sebak kerana kita kehilangan seorang pejuang agama..yang berusaha memartabatkan agamanya..namun redha kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya..setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..pasti..tiada yang sia-sia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak jua.. dahlah dia mudah setahun drpd zizie.. malu pulak dgn diri sendiri.. kalau ditanya apa yg zizie buat utk agama kita, rasanya mcm kosong je.. insyaAllah, dia menjadi pembakar semangat untuk semua umat di dunia. :')

      Delete
    2. semoga pemergian ammar akan melahirkan ramai lagi ammar ammar to be

      Delete