14 December 2013

dilema tudung : antara tuntutan syariat dan fesyen


bismillah

dulu. masa kecik kecik. pakai tudung sebab walid suruh. walid kate keluar rumah kene pakai tudung. bile dah maken besar. pakai tudung sebab fesyen. tengok comey je orang pakai tudung. kita pun pakai tudung juga. tapi bile dah maken dewasa nih. bile dah jejak umur dua-puluh-an nih. pakai tudung sebab rasa macam pakai tudung tuh satu kewajipan. rasa macam selamat bile pakai tudung. 

ye. secara peribadi. saya rasa tudung tuh sebagai lambang maruah wanita. bukan nak kate yang tak bertudung tuh takde maruah. cumanya bila kita tengok orang yang pakai tudung nih nampak lagi sopan. umpamanya mutiara yang tersimpan kemas di dalam tiram.

alhamdulillah. kita tengok maken ramai wanita wanita malaysia yang bertudung. artis artis pun alhamdulillah maken ramai yang bertudung. namun apa yang menyedehkan bilamana tudung dijadikan sebagai suatu fesyen semata mata. 

ada beberapa kesilapan yang saya rasa mungkin kita semua boleh sama sama perbetulkan :

1. singkat
tudung yang berada dipasaran sekarang kebanyakannye singkat sehingga menampakkan dada. bukankah Allah sudah beritahu secara jelas di dalam Al-quran supaya wanita-wanita menutup dadanya?

" hendaklah mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir " (surah an-Nur ayat 31)

tapi alhamdulillah. kini semaken ramai pengusaha tudung muslimah yang menjual tudung tudung yang lebih labuh dan menutup dada. pilihan ditangan kita. nak tak nak je =D

2. lekat
ada juga sebahagian tudung dipasaran yang diperbuat daripada kaen yang jenis mudah lekat pada badan. apabila dipakai ianya membuatkan apa yang sepatutnya disembunyikan tetapi jelas kelihatan. pasti ianya akan menarik perhatian mata mata keranjang diluar sana. sedih rasanya T__T

tapi alhamdulillah. kini maken ramai pengusaha tudung muslimah yang menyedari permasalahan ini dan menyediakan alternatif yang sangat berguna. yang mana kita lihat kini ada tudung yang diperbuat daripada kain yang tidak melekat dan lebih selesa dipakai

3. jarang
ya. ini memang saya tak nafikan. saya sendiri penggemar tudung bawal. kebanyakan tudung bawal tudungnya jarang. tapi kita ada alterbatif laen. dengan memakai inner di dalam. ini akan menjadikan tudung kita lebih tebal. inner sekarang pula banyak pilihan di pasaran. macam macam jenis. cakap je. nak beli online pun boleh. nak buat sendiri pun boleh. kalau nak tempah khas lagi lah boleh nye.

ye. tidak salah berfesyen. walaupun saya nih jenis tak reti berfesyen tapi saya suka tengok bende yang cantik. tapi sebelum kita berfesyen pastikan syariat itu didahulukan. renung renungkan dan selamat beramal :)

6 comments:

  1. tak dinafikan perkara sebegitu.. sama la kite.. mula2 sebab kena paksa, lepas tu fesyen, sampailah sentap ada kawan lelaki kata, "cantik perempuan ni pakai tudung mengikut syariat".. zizie pun tgh mencuba.. kalau dulu asyik buat selepang, sampai tak tutup dada, zizie dah turunkan even kawan kata mcm dak sekolah sekalipun.. lebih baik jadi budak sekolah.. best apa.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. tak pe. perubahan tuh takleh secare drastik. kene slow and steady. yang penting istiqamah. sorang kawan pernah cakap. dalam hidup nih jangan peduli apa yang manusia kata tapi peduli apa yang Allah kata. fi hifzillah :)

      Delete
  2. Assalammualaikum atin..yes..akak setuju dik..semuanya kembali pada niat dan kerana apa kita bertudung/menutup aurat..cuma akak sedikit terkilan bila mana ada antaranya yang seakan mempersendakan agama kita..dengan cara menjaga aurat..``ala tak pe pakai sempit sikit..kan pakai tudung``..inilah frasa lazim yang didengari..niat tidak pernah menghalalkan cara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. betol kak. kalau niat kita eklas. insyaAllah Allah permudahkan segale gerak langkah dalam kehidupan seharian kita. moge moge kita semua mendapat hidayah dan mendapat kekuatan untuk mengamalkan cara berpakaian yang betol. fi amanillah :)

      Delete
  3. sy pun mcm awk.. memula pakai sbb terikut ngan fesyen.. skng lebih kepada kewajipan.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. moge kita same same istiqamah dalam kebaikan. ameen :)

      Delete