12 January 2014

perginya seorang murabbi


bismillah

lewat petang jumaat 3 januari yang lepas. tengah tengah dup shopping stok makanan dekat bandar lipis. sekeping mesep selamat sapai dekat dalam seketul telefon buruk

" innalillahi wainna ilahirajiun. ustaz Baharuddin Ismail sudah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. sama sama sedekahkan alfatihah"

mesep ringkas daripada dayah. x-classmate MMP ( maahad muhammadi perempuan ) dulu cukup untuk buat dunia terase kaku barang sebentar. rase macam fikiran melayang. berjalan pun terase macam berjalan atas angen. malam tuh memang ditemani dengan airmate je. (terimekaseh ida pinjam bahu ) nak nak pulak bile FB penuh dengan status ustaz baha. teringat kembali zaman zaman tarbiah dunia MMP

ustaz baharuddin. 

orang kuat badan dakwah MMP. seorang yang sentiase cool. suke bergurau senda. terlalu murah dengan senyuman. namun setiap bait katenye pasti terselit bicara mutiara. tak pernah jemu mendidik hati hati kami. para pelajar MMP. suke sangat panggil student beliau dengan name 'kak' dekat depan name. 

paling best ustaz tak pernah judge orang. walau senakal mane pun seorang budak tuh ( aku lah tuh ). ustaz tak pernah marah. namun sekali ustaz nasehat cukup untuk buat kita terfikir dalam diam.

kini. susuk tubuh itu telah tiada. dari Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali. pergi yang takkan kembali. seorang ustaz. seorang murabbi.

damailah ustaz disana. ustaz sangat bertuah sebab anak didik MMP bertebaran di merate dunia. mungkin jasad ustaz telah pergi. namun semangat tarbiah yang ustaz semai dalam sanubari kami akan kami sebarkan di muka bumi ini selagi nafas belum terhenti

terime kaseh ustaz atas segale ilmu yang dicurahkan. semoga ilmu ilmu bermanfaat yang ustaz berikan pada kami semua menjadi saham akhirat untuk ustaz disana. moge ustaz baharuddin ditempatkan dalam kalangan muttaqen dan muhsinin. ameen

sungguh pemergian ustaz sangat mengejutkan. namun. pemergian di lewat petang jumaat lepas cukup memberikan peringatan buat kami semua. yang tua bukan syarat untuk mati. moge kami dapat mencontohi semangat murabbi dalam diri ustaz. insyaAllah

" Berdakwah ni mengambil masa yang panjang. Dakwah ini ibarat menanam biji benih. Kalau kita tanam hari ni, janganlah pula kita mengharapkan buah pada esok harinya. Ianya mengambil masa yang bertahun-tahun untuk menjadi pokok, seterusnya berbuah " - ustaz baha

alfatihah



4 comments:

  1. Al Fatihah..janji Allah itu pasti..tidak tercepat..tidak juga terlewat..dan kita yang masih hidup ini sentiasa muhasabah diri agar peroleh dan mencari seribu satu manfaat ketika di dunia ini sebagai bakalan akhirat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. sungguh kematian itu mampu menghidupkan sekeping hati yang sedang lena =)

      Delete
  2. Innalillah... Moga Allah sentiasa rahmati..

    ReplyDelete