13 July 2011

.::SEMOGA ROHMU TENANG DISANA::.

Guru suruh 4 anak keluar sebelum maut
Oleh Adnan Mohamad

2011/07/12

  GURU dari SM  Putera  Kota Bharu tidak dapat menahan sedih ketika menziarahi jenazah  Junaidah, semalam.
GURU dari SM Putera Kota Bharu tidak dapat menahan sedih ketika menziarahi jenazah Junaidah, semalam.

Mangsa tersepit kereta dirempuh van dipandu laju

KOTA BHARU: Seorang guru wanita yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kampung Tunjong, di sini, pagi semalam, sempat mengarahkan empat anaknya keluar dari kenderaan itu untuk menyelamatkan diri, sebelum beliau menemui ajal.

Junaidah Mohd Nor, 44, yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah van di Kampung Tunjong, Jalan Kuala Krai, di sini pada jam 7 pagi, dikatakan berbuat demikian selepas beliau tercedera dan tersepit di tempat duduk pemandu.
Saksi, Mohamad Teh, 63, berkata dia yang berada di tempat kejadian sempat melihat mangsa membuat isyarat supaya empat anaknya keluar walaupun kelihatan menahan kesakitan.
Katanya, dia sendiri tidak berdaya menolong menarik mangsa keluar kerana bimbang kecederaannya bertambah teruk.

“Ketika itu, mangsa terlalu tenat kerana menahan kesakitan tetapi saya tidak dapat membantu. Selepas beberapa ketika, saya lihat mangsa sudah tidak sedarkan diri, manakala seorang anaknya turut mengalami kecederaan dipercayai patah kaki dan tangan.

“Saya terkilan tidak dapat membantu tetapi apakan daya, kenderaan mangsa terperosok di bawah van sehingga menyukarkan orang ramai membantunya yang tersepit,” katanya yang juga peniaga gerai makan.

Mohamad berkata, dia juga terkilan kerana pemandu van yang merempuh Proton Wira milik mangsa terus melarikan diri dipercayai menaiki sebuah kenderaan rakannya.

Dalam kejadian itu, Junaidah bersama empat anaknya, Nurul Julia Mohd Nawi, 17; Nabila Jasmi, 15; Nur Jaihan Afilin, 13, dan Natasha Juliana, 10, dalam perjalanan menghantar mereka ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab 1 dan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Ismail Petra 1.

Suami mangsa, Mohd Nawi Deraman, 45, berkata isterinya yang mengajar di Sekolah Menengah (SM) Putera, di sini, keluar rumah kira-kira jam 6.40 pagi bersama empat anaknya kerana jarak sekolah dan rumah agak jauh, berbanding dirinya yang mengajar di SMK Mulong, di sini.

“Saya menyangka ia hanya kemalangan kecil, tetapi setibanya di tempat kejadian, saya terkejut apabila diberitahu isteri mengalami kecederaan teruk dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini, semalam

P/S : al-fatihah kepada arwah cikgu junaidah. x-guru maahad muhammadi perempuan kota bharu. moga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. ameen

4 comments: